[VIDEO] Siap pikul parang keluar dari kereta, tular video dipercayai geng kongsi gelap bergaduh di Sarawak


  • Tular
  • Rabu, 21 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dilihat mengusung beberapa bilah senjata tajam dipercayai untuk digunakan dalam insiden tersebut.

SATU kejadian pergaduhan dilaporkan tercetus dipercayai melibatkan kumpulan kongsi gelap di sebuah daerah di Sarawak.

Beberapa klip mengenai kejadian tersebut turut tular di sosial media sejak Rabu selepas ia difahamkan dimuat naik melalui Group Facebook Taman Malihah, Jalan Matang.

Menerusi klip berkenaan, terdapat dua kumpulan lelaki dipercayai sedang bertikam mulut di sebuah kawasan parkir kenderaan dengan ada antaranya turut memegang senjata tajam dipercayai parang.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun Rohingya selamba pecah pintu depan, curi PS4 dan barang kemas di Gombak

Pada masa sama, satu video berasingan turut memaparkan seorang lelaki dilihat mengeluarkan dari sebuah kenderaan beberapa bilah senjata yang disyaki digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan.

"Kejadian di sebuah daerah di Sarawak...katanya geng-geng kongsi bikin hal di sana," tulis hantaran di Facebook yang memuat naik video tersebut di Group Facebook INFO KEMALANGAN / JENAYAH TERKINI SELURUH MALAYSIA.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram