Gara-gara lebih muatan, 16 wanita terperangkap 30 minit dalam lif di Kuching


  • 112
  • Ahad, 18 Feb 2024

Seramai 16 orang wanita terperangkap di dalam lif yang terletak di bangunan UTC Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak pada Sabtu. — Bomba

SERAMAI 16 wanita berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam lif selama hampir setengah jam dalam kejadian di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak pada Sabtu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 4.30 petang.

424952787_954330129593706_3901468466100904351_n

Bomba menggunakan crowbar bagi membuka sedikit celahan pintu lif berkenaan dalam usaha menyelamatkan mangsa terperangkap. — Bomba

Katanya, sebaik tiba, seramai 16 wanita didapati sudah terperangkap di dalam sebuah lif bangunan tersebut disebabkan bebanan berlebihan.

"Pasukan Alpha kemudiannya bertindak membuka sedikit celahan pintu lif menggunakan 1 unit crowbar untuk udara masuk.

"Selepas itu, pintu lif berjaya dibuka dengan kesemua mangsa telah berjaya keluar dengan selamat," ujar kenyataan itu lagi.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 4.58 petang Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram