Tiga cabaran mudah diatasi, patutlah Taiwan negara mesra Muslim jadi pilihan melancong


  • Bizz
  • Rabu, 14 Feb 2024

Antara restoran halal yang menyediakan 'beef noodle' terbaik yang berada di sekitar Taiwan.

MENGEMBARA ke negara bukan Islam sering kali menjadi cabaran besar kepada pelancong Muslim terutamanya dari segi makanan halal, tempat bersuci dan bersolat.

Meskipun demikian, ia bukan penghalang untuk orang Islam terus mengembara di bumi ALLAH kerana jika tiga cabaran utama itu dapat diatasi, pastinya ia sangat memudahkan.

Memiliki keluasan kira-kira 36,197 kilometer persegi (km persegi), Taiwan merupakan sebuah negara yang menjadi antara tumpuan pelancong dari serata dunia.

Apatah lagi, Taiwan memberi perhatian kepada sektor pelancongan mesra Muslim meskipun populasi orang Islam hanya 60,000 berbanding keseluruhan penduduk seramai lebih 36 juta orang.

Ia dapat disaksikan sendiri penulis ketika buat julung kalinya menjejakkan kaki di bumi Taiwan.

Pertama, Taiwan nampaknya membina reputasi seperti negara Singapura dan Jepun yang amat dikenali dengan kebersihannya.

Penulis berasa sangat kagum dengan persekitaran serta kebersihan yang dijaga oleh rakyat negara itu.

Manakan tidak, penulis terkejut apabila bandar-bandar besar Taiwan seperti Kaohsiung, Taichung, Miaoli dan Taipei boleh dikatakan bersih dan jauh daripada tanggapan orang ramai tentang negara itu.

BACA LAGI: Kaitkan sukan triatlon dengan kehidupan, Chia Ling gadis kebanggaan Ironman negara

WhatsApp Image 2024-02-13 at 2.06.57 PM

Antara kawasan di bandar Kaohsiung, Taiwan yang sangat bersih walaupun bukan tempat tumpuan pelancong.

Taiwan juga adalah antara negara yang bijak merencana pengurusan pelancongan mesra Muslim dan ini diimarahkan lagi dengan kerancakan promosi Salam Taiwan yang diusahakan oleh Biro Pelancongan Taiwan.

Menerusi slogan Salam Taiwan, negara itu kini memfokuskan kepada pensijilan halal dalam aspek penginapan, tempat persiaran dan pusat beli-belah untuk meningkatkan persekitaran mesra Muslim.

Hotel-hotel yang mesra Muslim seperti Fuji Grand Hotel, West Lake Resortopia, PaPa Whale Hotel turut menyediakan arah kiblat dan sejadah di dalam bilik bagi memudahkan urusan pelancong Muslim.

MAIN PIX - 1

Cara penyediaan makanan yang bersih di Taiwan bagi memastikan destinasi pelancongan mereka bersifat mesra Muslim.

Hotel penginapan penulis sendiri, Kaohsiung AHotel juga menyediakan arah kiblat dan kelengkapan ibadah termasuk sejadah selain bidet bagi memudahkan urusan pelancong Muslim untuk bersuci serta berwuduk.

Faktor halal juga menjadi cabaran dan kesukaran kerana kebanyakan negara bukan Islam, tentunya tidak menyediakan keperluan sebaiknya untuk memastikan destinasi pelancongan mereka bersifat mesra Muslim.

Tetapi di Taiwan sebaliknya berlaku apabila peniaga di negara itu mula cakna dengan penyediaan kebersihan makanan dengan pinggan dan mangkuk dilabel halal.

WhatsApp Image 2024-02-13 at 3.28.28 PM

Penyediaan kebersihan makanan dengan pinggan dan mangkuk dilabel halal di Taiwan.

Selain itu, pengasingan makanan halal dan tidak halal di kawasan yang berlainan juga mendapat kredit daripada penulis kerana kepekaan mereka menjaga kebersihan umat Islam.

Di dalam Islam, kita mengetahui bahawa kebersihan antara perkara paling dititikberatkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya kerana pengulas, seluruh fans Indonesia mula jatuh hati dengan Malaysia

WhatsApp Image 2024-02-13 at 2.14.05 PM

Terdapat kemudahan solat seperti masjid atau surau di Taiwan bagi memudahkan urusan umat Islam.

Dengan aspek penyediaan makanan halal, tempat bersuci dan bersolat mendapat perhatian wajar, sudah tentunya Taiwan tersenarai sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia.

Diharapkan usaha Taiwan memartabatkan halal dalam pelancongan dapat menjadi contoh kepada negara-negara lain kerana industri pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim menawarkan pengalaman pelancongan berbeza.

Bukan sahaja dari segi kemudahan mendapatkan makanan minuman halal, sebaliknya ia meliputi kemudahan penginapan, beribadah dan aktiviti pelancongan serta pengembaraan mesra Muslim.

Untuk info, kempen Salam Taiwan dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim buat rakyat Malaysia.

Akhir sekali, jika melancong di negara orang anda pasti mahukan sambungan internet yang bagus.

Jadi penulis syorkan anda untuk menggunakan peranti penyedia sambungan wi-fi Roaming Man yang boleh dipesan di Malaysia pada harga yang sangat berpatutan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram