[VIDEO] Lari bertempiaran, 5 'perempuan tak siap' dicekup dalam operasi Ops Cegah Pondan di Ipoh


  • 112
  • Rabu, 06 Dis 2023

Tangkap layar beberapa pondan cuba meloloskan diri dalam serbuan yang dijalankan pihak JAIPk di Ipoh, Perak.

SERAMAI lima individu lelaki berpakaian wanita ditahan dalam satu operasi serbuan yang dijalankan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Ipoh, Perak pada minggu lalu.

Operasi Ops Cegah Pondan yang dijalankan pada awal pagi itu menyaksikan sekumpulan lelaki yang digelar pondan dirakam berlari bertempiaran selepas diserbu pihak penguat kuasa.

Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Bahagian Penguatkuasaan JAIPk pada Selasa, memaparkan situasi tersebut.

Lima individu pondan yang berasal dari negara Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.

Dalam pada itu, dua lelaki juga turut ditahan bagi tujuan dokumentasi dan kemudian dilepaskan dengan jaminan penguat kuasa agama.

Namun, hukuman terhadap pelaku masih belum dinyatakan setakat ini dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, berdasarkan Seksyen 55 Enakmen Jenayah Syariah Perak, seorang lelaki yang berpakaian wanita dan berlagak seperti wanita di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah dikira melakukan satu kesalahan.

Jika disabit bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram