[VIDEO] Bukan mak nyah, tapi tomboi yang 'catwalk' atas pentas


  • Benua
  • Rabu, 14 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang tomboi memperagakan pakaian formal dalam satu pertunjukan fesyen di Taiwan.

KALAU melihat golongan pondan atau mak nyah memperagakan pakaian atau catwalk pun sudah pelik, apatah lagi apabila wanita perwatakan lelaki iaitu tomboi juga sudah berani melakukan aksi tersebut secara terang-terangan di depan khalayak ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan satu pertunjukan fesyen di Taiwan memaparkan beberapa individu tersebut memperagakan pakaian lelaki atas pentas.

Acara berkenaan menunjukkan wanita menyerupai lelaki itu mengenakan beberapa set pakaian formal dipercayai untuk dinilai oleh juri acara berkenaan.

Rata-rata netizen termasuk dari Malaysia mengecam majlis berkenaan sambil tidak menolak kemungkinan ia juga akan ditiru golongan tomboi tempatan selepas ini.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyatakan bahawa penampilan mereka yang menyerupai lelaki itu tidak dapat menyembunyikan hakikat sebenar jantina golongan tersebut.

"Tomboi itu penampilan sajalah rupanya tapi sebenarnya masih lembut lemah gemalai kaki dan tangannya. Manalah dapat lawan fitrah," ciap @aterriblepoet.

"Apa pun kaki perempuan tomboi memang tak boleh lawan kaki lelaki. Cara jalan pun tak ngam," ciap @littletoxickid. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tomboy, catwalk, Taiwan, acara peragaan