SEORANG pemilik inap desa (homestay) meluahkan rasa kesal di media sosial selepas menerima penyewa yang tidak beradab dalam kejadian di sebuah homestay yang terletak di Durian Tunggal, Melaka pada Sabtu lalu.
Perbualan di antara pemilik dan penyewa kediaman itu menerima banyak kecaman daripada rata-rata warganet selepas dimuat naik menerusi Facebook.
Difahamkan, pemilik kediaman itu menyediakan beberapa kelengkapan makanan seperti beras, roti, teh dan telur sebagai sedekah untuk diguna pakai buat penyewa.
Namun, penyewa itu bertindak mempertikaikan dan melontarkan kata-kata kejian kepada pemilik homestay kerana memilih beras yang tidak menepati cita rasanya.
Malah, penyewa turut memarahi pemilik homestay itu kerana tidak menyediakan lebih banyak makanan buat keluarganya yang datang menyewa.
"Homestay awak guna beras apa ini.
"Telur Gred C ke D ini? Keciknya. Kami ramai, telur 12 biji sahaja ke bagi?," tulis penyewa itu.
Meskipun dilayan dengan kurang sopan, pemilik homestay berkenaan tetap melayani dengan sabar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berang apabila penyewa itu sama sekali tidak bersyukur selepas memiliki homestay yang menyediakan peralatan dan penginapan lengkap buat empat bilik pada harga cuma RM250 satu malam.
"Jenis tak bersyukur, baru keluar gua agaknya," tulis Laila Hj Abd Rahman.
"Ini namanya orang miskin, berlagak kaya. Tak reti bersyukur. Owner homestay dah bagi pakai kira bersyukur dah sangat. Ini siap nak pertikaikan. Jenis-jenis macam inilah jenis perangai selekeh. Moga pemilik homestay dimewahkan rezeki. Aminn," tulis Warith Abd Aziz.
"Penyewa dari neraka macam ini balas," tulis Marini Ali.
"Homestay lain tak siaplah benda itu semua. Homestay ini sahaja yang sediakan itu pun dia niat sedekah sahaja. Lain kali tak payah sediakan sudahlah. Susah dapat penyewa macam ini.. Ingat tugas owner homestay ke sediakan makanan untuk penyewa,' tulis Cahaya Ibu Solehah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram