GENERASI Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR) Burger sama sekali tidak bimbang terkait dengan stigma kontroversi yang menyelubungi pemilik Kelantan FC, Zamburger selepas memilih untuk bekerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Pengasasnya, Nordin Mat berkata, ini kerana pihaknya hanya menjadi sebahagian kecil penaja bagi FAS tetapi sama sekali tidak terlibat untuk pengurusan mana-mana kelab di bawah FAS.
"Sebab Zamburger mereka membeli Kelantan FC. Berbeza dengan isu ini sebab kami sama sekali tak terlibat pengurusan kelab tetapi hanya terlibat peringkat persatuan.
"Jadi kalau terjadi apa-apa pun kita tak terkesan," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti
GTR Burger bekerjasama dengan FAS supaya dapat membuka ruang mempromosikan jenama burgernya.
BACA LAGI: GTR Burger ada sebab pilih Selangor, bukan JDT
Beliau mengulas pertanyaan berhubung kontroversi yang dihadapi Norizam Tukiman atau dikenali Zamsaham susulan prestasi dan nasib malang yang melanda Kelantan FC.
Sebagai rekod, Zamburger yang dimiliki usahawan ternama itu menjadi pemilik majoriti Kelantan FC ketika pasukan berkenaan masih berada dalam saingan Liga Perdana.
Mesikipun berjaya membawa pasukan itu bersaing ke peringkat tertinggi Liga Super pada musim lalu, tetapi Zamsaham terpalit kontroversi isu tunggakan gaji sehingga menyaksikan beberapa pemain memilih untuk mengangkat kaki.
Lebih malang lagi, badan pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan sekatan terhadap Kelantan FC untuk beraksi di Liga Super pada musim ini, sekali gus menyebabkan pasukan Pantai Timur itu jatuh ke kancah Liga M3. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram