PERKONGSIAN ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang cadangannya supaya kerajaan perlu lebih telus dalam perbelanjaan negara menjadi topik hangat di akaun laman sosial Facebook miliknya.
Syed Saddiq dalam hantaran di akaun tersebut berkongsi video yang diambil dari laman sosial TikTok miliknya tentang cadangan beliau itu yang dibentangkan semasa sidang Parlimen.
SYED Saddiq turut menyenaraikan beberapa perbelanjaan mewah kerajaan.— Facebook
Tulis beliau, kerajaan seharusnya tidak wajar meminta rakyat mengikat perut sedangkan golongan menteri menerima pendapatan, insentif, elaun serta pelbagai kemudahan yang disifatkan mewah.
Beliau juga menekankan supaya kerajaan lebih telus dalam membentangkan perbelanjaan negara kepada rakyat.
Dalam status berkenaan, Syed Saddiq turut menyenaraikan beberapa perbelanjaan mewah kerajaan seperti baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri (RM38.5 juta), peruntukan Jabatan Komunikasi Komuniti atau JKOM (RM85.5 juta) dan pembelian perabot Jabatan Perdana Menteri (RM1 juta).
Hantaran yang dikongsi pada Khamis itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 700 kali.
Rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan cadangan yang diutarakan Syed Saddiq, malah ada di antara mereka menyarankan supaya tempoh perkhidmatan menteri dihadkan selain usia pencen ditetapkan pada usia 50 hingga 55 tahun.
Pemilik akaun, Kamarul Shahizzat berkongsi dalam komen menyarankan supaya pencen menteri diberi berdasarkan jawatan tertinggi yang dipegang semasa berkhidmat.
KAMARUL pula mencadangkan supaya pemimpin yang berumur 50 tahun ke atas perlu jalani ujian kesihatan. — Facebook
Tulisnya, sebagai contoh, Perdana Menteri sepatutnya hanya mendapat pencen tua.
"Hadkan juga tempoh masa untuk wakil rakyat dan bagi yang berumur 50 tahun ke atas perlu jalani ujian kesihatan.
"Ia bagi memastikan calon yang benar sihat sahaja yang layak bertanding dan memegang jawatan," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nour Saheed memberi cadangan supaya kelayakan umur bagi jawatan menteri dan timbalan tidak melebihi 55 tahun.
NOUR berpendapat pencen berganda perlu diberi kepada pemimpin yang melakukan tugas mereka dengan cemerlang. — Facebook
Kongsinya, pencen berganda seharusya diberikan secara khas kepada pemimpin yang banyak berjasa.
"Yang layak mendapat pencen berganda itu adalah pemimpin yang mempunyai jasa besar kepada rakyat dan melakukan tugas mereka dengan cemerlang," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram