[VIDEO] 'Microsleep ke?' Owner dashcam meraung lepas kena rempuh kereta 4 tayar ke atas


  • Tular
  • Khamis, 08 Feb 2024

Tangkap layar video dashcam memaparkan keadaan kereta terbabit yang terbalik selepas merempuh kenderaan pemilik video itu.

PEMILIK kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan berdepan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuh raya pada Isnin.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, sebuah kereta putih dilihat merempuh kenderaan mangsa dari arah tepi sebelum terbalik di bahu jalan.

BACA LAGI: Nahas lori kontena rempuh pembahagi jalan, pemandu maut tercampak bawah jejambat di SKVE

Pada masa sama, kedengaran suara tangisan dari dalam kenderaan pemilik video itu sejurus pelanggaran berlaku.

Bagaimanapun, keadaan mangsa dan pemandu kereta putih itu tidak dapat dipastikan lagi.

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, pemandu terbabit didakwa berkemungkinan mengantuk atau microsleep ketika kejadian.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram