[VIDEO] Nahas motor dan lori di Seri Bengkal, saksi ngilu lihat tangan terputus ‘melekat’ bawah kenderaan


  • Tular
  • Selasa, 16 Jan 2024

Berdasarkan video, sebuah lori dilihat berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan berdekatan sebuah parit.

SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan sebuah motosikal bersama lori dalam kejadian dipercayai berlaku berdekatan Seri Bengkal di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, pada Selasa.

Video mengenai kemalangan ngeri itu tular menerusi satu perkongsian video yang beredar di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan klip tersebut, sebuah lori dilihat berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan berdekatan sebuah parit akibat kemalangan tersebut.

WhatsApp Image 2024-01-16 at 10.40.26 AM

Tangan mangsa yang dilihat melekat pada bahagian hadapan lori yang terlibat dalam kemalangan di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, pada Selasa.

Mayat seorang individu dilihat turut terbaring di atas rumput di tepi jalan terbabit tidak jauh dari lori terlibat.

Dalam pada itu, lebih mengerikan, video berkenaan turut memaparkan tangan mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut itu dilihat melekat di palang besi bahagian bawah hadapan lori terbabit.

Turut kedengaran suara perakam memaklumkan bahawa mangsa juga dipercayai 'hilang kepala' akibat pelanggaran tersebut namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan mengenai kejadian tersebut yang mengorbankan seorang penunggang motosikal.

Beliau berkata, kemalangan sekitar pukul 8.30 pagi Selasa berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelum dirempuh lori terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan terdiri daripada motosikal ditunggang mangsa yang juga warganegara Indonesia berumur 51 tahun, kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun dan lori dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun.

Ismail memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram