BERANG tandas tiada air, seorang wanita bertindak memarahi pekerja kaunter sebuah stesen minyak kerana tidak memerika keadaan tandas tersebut sebelum digunakan oleh pelanggan di premis berkenaan dipercayai di Kamunting, Perak.
Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan wanita berkenaan memberitahu dia singgah ke tandas di stesen minyak tersebut kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Bagaimanapun selepas membuang air besar, dia mendapati bekalan air di tandas tersebut terputus, lantas meminta adiknya untuk membeli air mineral di stesen minyak berkenaan.
Usai melepaskan hajat, dia kemudiannya pergi ke kaunter stesen minyak berkenaan untuk menuntut bayaran sebanyak RM6.20 untuk air mineral yang dibeli sebelum itu.
Namun begitu, tindakan wanita itu meninggikan suara telah dibalas dengan jeritan oleh pekerja di kaunter dipercayai akibat terlampau penat bekerja.
"Bukan masalah saya kalau awak tak rehat, someone kena manage la toilet tu," jerit wanita tersebut lagi.
Video tular berdurasi 2 minit 19 saat itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang bingung dengan kelakuan wanita berkenaan kerana tidak memeriksa keadaan tandas tersebut sebelum menggunakannya.
"Lain kali sebelum berak (buang air besar) check air. Jangan lupa bawa phone. Also you can talk nicely inform to the staff air tak ada, tak perlu nak terjerit-jerit," kata seorang pengguna Twitter @serrrrrooneee.
"Zaman (sekarang) orang rekod (rakam video) konon nak viral nak bagi orang lain malu tapi viral kebodohan sendiri," kata seorang lagi pengguna Twitter @shahajeaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram