Selain khabar gembira buat penyokong setia, Najib mungkin ada rancang pelbagai pembaharuan — Pakar


  • Massa
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Pelbagai andaian dan spekulasi yang muncul walaupun status Najib belum disahkan Lembaga Pengampunan. — The Star

STATUS pengampunan Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab apabila dia tempoh penjaranya dikurangkan, begitu juga dengan jumlah denda yang dikenakan selepas kira-kira dua tahun menjalani hukuman tersebut atas kes 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Lembaga Pengampunan dalam kenyataan pada Jumaat mengesahkan Najib akan dibebaskan seawal Ogos 2028 dan dendanya berkurang kepada RM50 juga berbanding RM210 juta yang dikenakan sebelum ini.

"Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib bin Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

"Oleh yang demikian, Datuk Seri Najib Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta," jelas kenyataan itu.

BACA LAGI: Jumlah hukuman penjara Najib Razak dikurangkan, lapor media asing

Men walk past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, Malaysia, March 1, 2015. Malaysian Prime Minister Najib Razak slammed a report that said close to $700 million was wired to his personal account from banks, government agencies and companies linked to the debt-laden state fund 1MDB, claiming this was a

Najib didapati bersalah berhubung skandal 1MDB. — The Star

Dengan segala persoalan terjawab, kini timbul pula tanda tanya tentang langkah seterusnya yang akan dilakukan bekas Perdana Menteri itu.

BACA LAGI: Andai benar dapat pengampunan, 5 perkara yang boleh dilakukan Najib Razak

Tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa kemunculan kembali Najib dalam dunia politik akan menjadi satu fenomena jika sudah dibebaskan.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Talib@ Khalid, sekiranya Najib dibebaskan dan mendapat pengampunan penuh, ia pasti suatu berita gembira buat para penyokongnya.

msg1050426791-24261

Kartini berpendapat, terdapat strategi perubahan yang mungkin dilakukan Najib jika dibebaskan.

Malah, katanya, jika perkara itu berlaku, Najib dikatakan akan menjadi individu kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas banduan yang meneruskan kerjaya politik.

Kartini berkata, ada juga beberapa kelebihan atau pembaharuan yang mungkin dilakukan oleh Najib jika ia berlaku.

"Dari segi asas pembangunan Malaysia secara relatif adalah dengan mengukuhkan urus tadbir awam, kemudahan awam, khidmat hospital dan kesihatan.

"Perubahan lain yang mungkin dilakukan juga adalah dari segi pembinaan bangsa Malaysia dan inklusiviti Sabah dan Sarawak kerana orang Semenanjung masih perlu memohon permit untuk bekerja di negeri tersebut dan masih perlu bawa kad pengenalan serta pasport," katanya kepada Majoriti.

Jelasnya lagi, jika pembebasan Najib dilaksanakan, rakyat dikatakan hanya perlu menerima seadanya kerana sudah ada contoh daripada Anwar yang juga merupakan bekas banduan.

Mengulas lanjut, Kartini berkata, hanya ahli dan parti politik yang merasakan bahawa pembebasan Najib dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

"Jika BN lemah, ia akan beri impak kepada PH dalam payung Kerajaan Perpaduan. Mereka melihat Najib sebagai 'tangkal' yang boleh perkukuh kerjasama dan meyakinkan pengundi Melayu," katanya lagi.

Tambahnya, tangkal yang dimaksudkan adalah strategi baharu iaitu menggunakan Najib untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu dalam kerjasama BN-PH.

Ditanya pula dengan penubuhan parti baharu yang mungkin dilakukan oleh Najib jika sudah dibebaskan, Kartini berkata, ia mustahil akan berlaku.

"Tiada sebab yang cukup untuk tubuh parti baharu. Orang Melayu dah cukup berpecah dan perlukan diracik-racik lagi?," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram