Spekulasi Najib bebas hampir terjawab, Dr Zaliha sahkan mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara


  • Primer
  • Selasa, 30 Jan 2024

Najib yang mesra dengan panggilan Bossku ketika ini turut berdepan perbicaraan salah guna kuasa melibatkan dana mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai hasil daripada 1MDB. — Facebook

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Lembaga Pengampunan sudah mengadakan mesyuarat di Istana Negara pada Isnin.

Beliau berkata, satu kenyataan rasmi bakal dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan berhubung mesyuarat berkenaan.

"Tunggu kenyataan rasmi oleh Lembaga Pengampunan," katanya selepas melancarkan draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040 di Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada salah satu agenda mesyuarat itu adalah bagi memutuskan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Lembaga Pengampunan dijadual bermesyuarat pada Isnin dengan spekulasi bahawa isu permohonan hukuman penjara Najib adalah sebahagian daripada perbincangan.

Terdapat beberapa sumber seperti dilaporkan media turut memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dapat pengampunan, namun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung pembebasan Najib setakat ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat akan marah jika pengampunan kepada Najib diberi dengan mudah — Hassan

Former prime minister Datuk Seri Najib Razak (centre) meeting his supporters and give a short speech at the Palace of Justice (POJ) in Putrajaya yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Najib ketika ini turut berdepan perbicaraan salah guna kuasa melibatkan dana mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai hasil daripada 1MDB.

BACA LAGI: 'Tindakan Umno terpesong', Amanah rayu Agong tolak pengampunan Najib, biar kekal di penjara

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat rasmi terakhir Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum berakhirnya tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda pada Selasa.

Dalam laporan tersebut, Zaliha berkata, mesyuarat itu sebelum ini sudah ditangguhkan beberapa kali.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta daripada SRC International, yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau turut didenda sebanyak RM210 juta.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga kini berdepan perbicaraan salah guna kuasa melibatkan dana mencecah RM2.28 bilion, yang juga dipercayai hasil daripada 1MDB. — The Star/SHALINI RAVINDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram