Najib bebas: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan Negara, tegas Fahmi Fadzil


  • Primer
  • Selasa, 30 Jan 2024

Najib (kanan) ketika melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital semasa masih menjadi Perdana Menteri pada 2017.

PENGAMAL media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian selepas merujuk kepada laporan sebuah portal yang memetik sumber mengatakan bahawa Najib telah mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, adalah penting bagi pengamal media memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berita itu diterbitkan.

BACA LAGI: Spekulasi Najib bebas hampir terjawab, Dr Zaliha sahkan mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

"Adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi apabila memilih untuk melaporkan berita berdasarkan sumber.

"Saya juga semak dengan StratComm Kabinet dan YB Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said).. kita kena tunggu (kenyataan) Lembaga Pengampunan," katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 pada Selasa.

Semakan mendapati portal berkenaan telah menarik balik berita mengenai pengampunan Najib atas alasan fakta yang tidak dapat disahkan dan turut memohon maaf kepada pembaca. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram