
SEORANG anggota polis berdepan detik-detik cemas ketika hanyut dalam arus banjir dipercayai di Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, pada Sabtu.
Menerusi video tular di Facebook sejak Ahad, kelihatan anggota polis itu terjatuh bersama motosikalnya di kawasan banjir sebelum diselamatkan seorang lelaki.
BACA LAGI : Lori tersadai, 3 laluan dari JB-Kuantan ditutup akibat banjir
Tangkap layar video memaparkan tindakan berani seorang lelaki menyelamatkan anggota polis berkenaan.
BACA LAGI : 'Banjir kilat kali ini lebih buruk', banyak mangsa tempuh detik cemas di Johor
Dalam video sama, mangsa juga dilihat sempat berpaut pada dahan pokok berhampiran dan meminta tolong orang awam yang berada di sekitar kawasan.
Sejurus itu, seorang lelaki dengan berani terus berenang ke arah mangsa dan menariknya ke tempat selamat.
Anggota polis itu didakwa terjatuh ke kawasan tersebut selepas cuba meredah banjir dengan menaiki motosikalnya.
Sementara itu, rata-rata warganet memuji tindakan berani individu yang menyelamatkan mangsa ketika itu.
Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram