Tun Daim dijangka didakwa Isnin


  • Primer
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Tun Daim dijangka didakwa di mahkamah pada Isnin ini.

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberitahu beliau akan didakwa pada 29 Januari (Isnin) ini.

Daim berkata, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) telah mengambil rekod keterangannya pada Jumaat dan dimaklumkan akan dibawa ke muka pengadilan pada tarikh berkenaan.

"Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin atas kesalahan di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM iaitu gagal mengisytihar harta.

"Jadi, saya menanti hari berada di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI : Tun Daim sedia didakwa walaupun masih di hospital, tegas Toh Puan Na’imah

msg1050426791-23886

Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan Daim akan didakwa.

BACA LAGI : Didakwa bolot kekayaan luar biasa sampai kena siasat SPRM, Tun Daim akhirnya buka mulut

Terdahulu, SPRM mengumumkan bahawa mereka telah diberi kebenaran untuk mendakwa Daim tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia yang ketika itu masih berada di hospital.

Kebenaran itu bagaimanapun dikatakan diberikan oleh Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram