DESTINASI makanan berkonsepkan Baba Nyonya, Madam Lee Nyonya Private Dining mula dibuka pada Sabtu di sebuah hotel jenama Tribute Portfolio yang pertama di Malaysia, Palm Garden Hotel Putrajaya.
Penggemar makanan tradisi yang tercari-cari menu asli Baba dan Nyonya kini tidak perlu lagi merantau jauh sehingga ke Melaka kerana makanan itu kini boleh dinikmati di Putrajaya.
Restoran ini dicipta sebagai tanda penghormatan kepada pemilik IOl Resort City, Mr Lee sekeluarga yang meminati masakan tradisi peranakan Baba Nyonya.
Restoran ini mengambil konsep private dining dengan menawarkan menu khusus yang berbeza-beza pada setiap hari kecuali Isnin.
Restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang bagi menu makanan tengah hari dan dibuka semula pada pukul 6.30 petang hingga 10 malam untuk menu makan malam.
Terdapat pelbagai menu masakan tradisi Nyonya yang popular disediakan buat pengunjung yang datang ke restoran ini.
Antara menu yang disediakan di restoran berkenaan adalah Otak-Otak, Pie Tee, Loh Bak, Rendang Ayam Peranakan, Ayam Goreng Inchi Kabin, Sambal Petai Udang, Tamarind Udang, Kapitan Sotong, Jiu Hu Char Sotong, Nyonya Kari Kambing dan banyak lagi.
BACA LAGI: Imaginasi saling berhubung walaupun tanpa bercerita, Akim dan Stacy hasilkan Ritma dan Rima
Menu Nonya Happiness Platter yang mengandungi Pie Tee, Acar Awak, Loh Bak dan Skewers.
Buat para penggemar sup, pelbagai jenis sup seperti sup Itik Tim, Sup Tauchu Ayam dan Sup Maw Ikan.
Cef Wong Chak Loong berkata, makanan yang dihidangkan kepada pelanggan mendapat sentuhan magis daripada pasukan chefnya untuk memberi sesuatu perbezaan daripada masakan-masakan Nyonya di tempat lain.
"Pes makanan benar-benar buatan sendiri, dapur kami menggunakan bahan-bahan yang paling segar untuk memastikan rasa Nyonya yang asli iaitu sama masam, aromatik, pedas dan herba," katanya kepada Majoriti.
Wong berkata, dia berharap para pelanggan puas menikmati hidangan yang disediakan.
"Saya harap makanan yang dirasai mampu membuatkan pelanggan mengimbau masa lalu mengenai makanan-makanan warisan Baba Nyonya," katanya.
BACA LAGI: Lafaz talak secara terpaksa belum tentu sah, ketahui penjelasan peguam syarie
Menu Salted Vegetable Duck Soup (Itim Tim) yang popular di kalangan pencinta masakan Baba Nyonya.
Bukan calang-calang tukang masak, Wong pernah pemenang Anugerah Emas di 3D Selangor Perayaan Kulinari Antarabangsa 2021 untuk Pameran dalam Pinggan Masakan Peranakan dan Anugerah Emas semasa Piala Dunia Masakan Malaysia 2023 untuk Masakan Tradisional Nyonya.
Membawa pengunjung mengenali kebudayaan Baba dan Nyonya, restoran itu menyediakan sudut gerai foto di mana seseorang boleh berpakaian seperti Nyonya atau Baba dan peluang mengambil gambar.
Terdapat juga sebuah bar al fresco estetik disediakan di tingkat bawah restoran Madam Lee Private Dining yang menjadikan ruangan itu lengkap untuk dikunjungi semua pihak.
Restoran ini turut mengambil tempahan bagi pelanggan yang berminat untuk mengadakan acara-acara seperti Sambutan Ulang Tahun, acara kekeluargaan dan sebagainya.
Untuk tempahan boleh menghubungi 03-89432233 atau 012 8714101. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram