PENDUDUK setempat digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran masjid di Dusun Lekoala, Desa Bori Kamase, Kecamatan Maros Baru, Maros, Indonesia pada Isnin.
Difahamkan, mayat yang sudah terapung itu cuma dikesan sehari selepas mangsa berada di dalam parit berkenaan.
Dalam pada itu, orang awam cuba memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan itu untuk mengetahui kisah di sebalik tragedi ngeri yang dialami mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam
Menerusi rakaman CCTV, mangsa didapati menunggang motosikal secara bersendirian dalam keadaan laju.
Secara tiba-tiba, mangsa terjatuh dan tercampak ke dalam parit yang berada berhampiran lorong jalan raya.
Difahamkan, mangsa terbabas dalam parit gara-gara jalan licin.
Namun, setakat berita ini ditulis, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram