Saman JPJ di Selangor meningkat 32 peratus


  • Massa
  • Khamis, 25 Jan 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 349,289 saman pada tahun lepas untuk pelbagai kesalahan berbanding 263,786 saman pada 2022.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 349,289 saman pada tahun lepas untuk pelbagai kesalahan berbanding 263,786 saman pada 2022.

Ini mencatatkan peningkatan lebih 32 peratus (%).

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan yang melibatkan pemandu dan penunggang motosikal mengumpul lebih 150,000 saman.

Kesalahan tersebut termasuk memandu tanpa lesen atau dengan lesen tamat tempoh.

"Peningkatan saman itu boleh dikaitkan dengan ramai pemandu atau penunggang motosikal yang tidak memberikan perhatian yang secukupnya terhadap kenderaan mereka.

"Ada yang cuai, memandu dengan lampu tidak berfungsi dan tidak menukar tayar yang rosak.

"Kami menasihatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan mereka untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan," kata beliau di sebuah sidang media selepas operasi bersama di Plaza Tol Puchong Selatan dan Plaza Tol Damansara.

BACA LAGI: [VIDEO] Salahkah bersilat di Masjid Nabawi? Zaman Nabi pun ada buat pelbagai aktiviti — Pakar agama

Selangor JPJ director Azrin Borhan speaking to the press during the joint operation between Road Transport Department (JPJ) and other government agencies at Sungai Ramal Toll Plaza on Wednesday night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan

BACA LAGI: Tak cukup belasah anak sampai kena 12 jahitan, bapa didakwa turut rogol mangsa

Operasi yang bermula pada jam 9 malam melibatkan 82 pegawai JPJ, 34 daripada anggota polis dan 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan, enam dari Litrak dan 10 dari PLUS.

Sebanyak 1,807 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu menyebabkan 735 notis dikeluarkan dengan 564 daripadanya menerima saman.

Azrin berkata, notis dikeluarkan untuk kesalahan seperti tidak memilik lesen memandu yang sah atau perlindungan insurans yang sah, cukai jalan tamat tempoh atau nombor plat pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi, tidak mempamerkan pelekat 'L' dan tidak mempunyai cermin sisi.

Saman telah dikeluarkan buat pengubahsuaian kereta secara haram.

"Kami menggesa supaya pemandu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan menjaga kenderaan mereka untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya. — The Star/Megat Syahar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram