Jumlah kutipan sampah di KL menurun tapi paling banyak malam tahun baharu


  • Massa
  • Khamis, 04 Jan 2024

Pada tahun ini, Alam Flora mencatatkan penurunan jumlah sampah sebanyak 4.6%.

TERDAPAT penurunan kira-kira 4.6 peratus dalam kutipan sampah di Kuala Lumpur pada tahun lepas berbanding pada 2022.

Pengurus Operasi Alam Flora Sdn Bhd (Bahagian Utara), Anuar Mohd Shah berkata, ia mungkin berpunca daripada kesedaran masyarakat awam untuk mengurangkan pembaziran.

Pada 2022, Anuar berkata, Alam Flora mengutip 699,698 tan sampah.

"Pada tahun lepas, kami mengutip 666,698 tan sampah, di mana ia berkurangan berbanding tahun 2022 yang mencatatkan 32,836 tan"

"Sampah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis termasuk domestik, pukal dan kebun manakala barangan kitar semula dikecualikan," katanya.

Bagaimanapun, data menunjukkan 2.7 peratus peningkatan dalam kutipan sampah selepas sambutan ambang tahun baharu pada 1 Januari lalu, berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Anuar berkata, Alam Flora mengutip 3.06 tan sampah sekitar Kuala Lumpur meliputi Bukit Bintang dan Dataran Merdeka dengan jumlahnya sedikit meningkat dari tahun sebelum, iaitu 2.98 tan.

"Hampir 128 pekerja ditugaskan untuk membersihkan sampah berkenaan selepas tengah malam 1 Januari.

Countdown at Dataran Merdeka kicks off Visit Malaysia 2020 | The Star

BACA LAGI: [VIDEO] Asap, sampah ganggu ketenteraman, DBKL dipuji 'bungkus' peniaga jagung bakar depan KLCC

"Walaupun tiada sambutan rasmi, ramai berkumpul di lokasi popular untuk menyambut tahun baharu.

"Banyak peniaga mendirikan gerai mereka untuk menjual makanan dan barang sambutan," katanya.

Anuar berkata, orang ramai perlu mengubah tabiat mereka dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, seiring dengan perubahan masa.

"Menjangkakan kehadiran orang ramai, kami menyediakan tong sampah di lokasi strategik tapi masih ramai yang memilih untuk membuang sampah, terutamanya paket makanan dan bekas minuman di tepi jalan yang berdekatan dengan semak atau pokok.

"Walaupun pekerja kami bersiap sedia untuk mengosongkan tong sampah, banyak tong yang tidak diselenggara oleh pihak kami melimpah dan orang ramai terus membuang sampah di sekitarnya," sambil menambah Bukit Bintang adalah lokasi paling kotor.

Katanya, ia agak mustahil untuk meletakkan tong sampah dalam jarak selang beberapa meter.

Oleh itu, apabila tiada tong sampah kelihatan, orang ramai dinasihatkan untuk memegang sampah sehingga mereka menemui tong sampah, bukan membuangnya sesuka hati. — The Star/ Vijenthi Nair

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram