[VIDEO] Kaki terputus, pemuda maut kemalangan motor di Kampung Gajah


  • Tular
  • Rabu, 13 Dis 2023

Dua mangsa yang terbaring di atas jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kampung Gajah, Perak, pada Rabu.

SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku pada petang Rabu membabitkan dua lelaki yang menaiki motosikal bersama sebuah kereta dalam kejadian berdekatan pintu masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak.

Berdasarkan maklumat awal diperolehi daripada orang awam, salah seorang penunggang motosikal dipercayai sudah meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi mengalami cedera.

Menerusi video tular dikongsikan orang awam, seorang mangsa menaiki motossikal yang dipercayai masih hidup sedang terbaring di tengah-tengah jalan dengan sebahagian daripada kakinya terputus.

Sementara mangsa yang meninggal dunia dan difahamkan menaiki motosikal sama didapati terbaring tidak jauh beberapa meter daripada mangsa pertama.

WhatsApp Image 2023-12-13 at 9.20.52 PM

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan bersama sebuah motosikal di Kampung Gajah, Perak, pada Rabu.

Difahamkan, salah seorang mangsa yang menaiki motosikal itu berumur sekitar 19 tahun dan dipercayai berasal dari Kampung Bawah Bungor, Pasir Salak,

Pada masa sama, sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilihat tersadai di tepi jalan kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua mangsa yang terbaring di atas jalan.

Insiden yang berlaku sekitar lewat petang Rabu itu difahamkan berlaku ketika cuaca hujan.

Menerusi klip dikongsikan ambulans didapati turut sudah tiba ke lokasi untuk memberikan bantuan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak boleh masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram