PM Anwar sahkan kekosongan jawatan YDP Dewan Negara, pelantikan baharu akan disegerakan


  • Primer
  • Isnin, 22 Jan 2024

Anwar memaklumkan bahawa sekretariat kerajaan perpaduan akan mengadakan pertemuan pada Isnin malam bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara baharu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan pertemuan pada Isnin malam bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara baharu.

Kenyataan itu dilihat sekali gus mengesahkan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilaporkan media sebelum ini.

“Supaya ia (pelantikan speaker Dewan Negara) dapat disegerakan,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan ketika ditemui dalam satu majlis di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada Isnin.

BACA LAGI: Wan Junaidi letak jawatan, dijangka ganti Taib Mahmud TYT Sarawak

Interview with Minister in the Prime Minister's Department (Parliament and Law) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. — YAP CHEE HONG/The Star

Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

BACA LAGI: Senarai calon dikenal pasti, pengganti CEO KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat — PM Anwar

Baru-baru ini, Wan Junaidi dilapor telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan yang kini disandang Tun Abdul Taib Mahmud.

Bagaimanapun, Pejabat Premier Sarawak menafikan bahawa terdapat perbincangan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pada 1 Mac 2014.

Dalam pada itu, Anwar berkata, proses pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu sudah dikemukakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

Ujarnya, nama calon juga telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu untuk proses perkenan.

"...dan mungkin akan diumumkan satu dua hari ini,” katanya dalam laporan sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram