Wan Junaidi letak jawatan, dijangka ganti Taib Mahmud TYT Sarawak


  • Primer
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Wan Junaidi dilaporkan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua Dewan Negara pada Jumaat.

YANG Dipertua Dewan Negara, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan telah meletak jawatannya pada Jumaat bagi menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri (TYT) Sarawak kelapan.

Beliau dilaporkan akan menerima watikah pelatikannya tidak lama lagi serta dijangka mengangkat sumpah untuk jawatan baharu itu, lapor The Malaysian Insight.

BACA LAGI : 'Ada duit kopi ka?', orang asal Sarawak pertikai status warganegara Ragad Waleed

msg1050426791-22552

Taib Mahmud yang sebelum ini merupakan TYT Sarawak. — The Star

Beliau dijangka menggantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang memegang jawatan sebagai TYT Sarawak sejak Mac 2014. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram