Kes bunuh akauntan di Cheras, polis tahan 2 rakan mangsa


  • 112
  • Rabu, 13 Dis 2023

Mayat akauntan berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian di tepi jalan di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru pada Isnin. — Facebook

DUA lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang akauntan yang mayatnya ditemui tanpa pakaian di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kedua-dua individiu terbabit yang merupakan rakan mangsa ditahan pada Selasa.

"Kedua-duanya telah ditahan bagi membantu siasatan kami. Tempat kejadian pembunuhan masih belum dapat ditentukan.

“Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu direman sehingga 18 Dis,” katanya pada Rabu (13 Disember).

Zam Halim menambah bahawa bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa yang berusia 28 tahun adalah akibat 'trauma hentakan objek tumpul secara berulang'.

“Motif kejadian masih disiasat,” ujarnya.

Pada Isnin, penduduk di Kampung Cheras Baru gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak bogel Jalan Kuari sekitar pukul 6 pagi Isnin. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram