Pemandu bas wanita difitnah bercumbu buat laporan polis, mahu saman penyebar video


  • Tular
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Tangkap layar video yang tular mendakwa pemandu wanita dan staf sebuah syarikat pengangkutan bas bercumbu ketika di memandu lebuh raya pada Isnin.

PADA Rabu lalu, media sosial dikejutkan dengan satu video mendakwa berlakunya perbuatan tidak senonoh membabitkan dua pekerja syarikat sebuah bas ekspres di dalam negara.

Menerusi klip itu, dua individu terbabit yang berlainan jantina dengan salah seorang daripadanya sedang memandu bas dituduh bercumbu ketika menjalankan tugas pada Isnin.

Bagaimanapun, tidak sampai sehari selepas ia tular, pengguna akaun TikTok yanng menyebarkan dakwaan berkenaan tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden berkenaan.

WhatsApp Image 2023-11-17 at 7.40.50 AM

Tangkap layar hantaran permohonan maaf dibuat oleh wanita yang menyebarkan tuduhan dan video tular terbabit.

Menerusi hantaran terbaharu dimuat naik individu dikenali sebagai Iffah Danisha, wanita itu mengakui bahawa tuduhan yang dilontarkan menerusi perkongsian sebelum itu adalah tidak benar.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf berkenaan posting saya sebelum ini membabitkan dua pekerja sebuah syarikat bas di Johor.

"Saya mengaku kesalahan saya kerana menyiarkan imej mereka tanpa kebenaran dan seharusnya berhubung dan membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan mereka. Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam posting saya itu tidak benar.

"Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak. Saya mengaku telah melakukan banyak salah faham dan kekeliruan ke atas ramai pihak," tulisnya.

Pada masa sama, wanita terbabit turut memadam hantaran video yang dibuat berhubung insiden terbabit dan turut berharap agar klip berkenaan tidak disebarkan oleh pihak lain.

WhatsApp Image 2023-11-17 at 7.36.05 AM

Tangkap layar perkongsian video memaparkan laporan polis dibuat oleh pemandu bas terbabit terhadap individu menyebarkan tuduhan berkenaan.

Dakwanya, sebelum video terbabit tular, dia sudah berjumpa dengan pihak pengurusan bas terbabit dan menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Dalam pada itu, di sebalik permohoan maaf yang dibuat, pemandu bas terbabit yang juga seorang wanita difahamkan tampil membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Perkara terbabit dimaklumkan oleh rakannya menerusi akaun TikTok, Iera Saila.

Berdasarkan perkongsian tersebut, laporan itu dibuat terhadap wanita yang memfitnah pemandu bas itu dan seorang lagi pengguna aplikasi X, nan manjoi8715.

Menerusi gambar yang dimuat naik pada hantaran berkenaan, laporan polis itu dibuat selepas rakaman video dalam bas tersebut tular sehingga memburukkan nama, rakan sekerja dan syarikat bas tersebut.

Pada masa sama, tindakan saman juga difahamkan bakal dikenakan terhadap pihak terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram