[VIDEO] Pelatih sekolah muzik jalani 18 pembedahan terima pampasan RM8.8 juta lepas terkena tembakan polis


  • Benua
  • Isnin, 08 Jan 2024

Tangkap layar video CCTV memaparkan Rylan yang terkena tembakan pada tangan ketika melarikan diri dalam kejadian itu.

SEORANG remaja lelaki yang cedera parah selepas tangannya terkena peluru tembakan dalam satu kejadian kejar-mengejar penjenayah di Chicago, Amerika Syarikat pada 2019 menerima pampasan sebanyak RM8.8 juta (AS$1.9 juta) pada Oktober 2023.

Ketika kejadian, mangsa, Rylan Wilder, 15, yang juga seorang pemain gitar sedang mengemas instrumen muzik di sebuah sekolah muzik di mana tempat dia menjalani latihan praktikal.

Namun, tanpa disedari, ia bertukar tragedi selepas seorang perompak yang lari daripada pihak polis secara pantas menceroboh masuk ke dalam lokasi kejadian.

msg1050426791-21919

Rylan ketika menerima rawatan selepas kejadian itu.

Pada masa sama, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam sekolah itu, Rylan dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku sebelum berlari menyelamatkan diri bersama pelajar lain yang terlebih dahulu menyorok di dalam salah sebuah bilik di sekolah muzik terbabit.

BACA LAGI: Polis tembak mati 3 penjenayah warga asing di Selayang

Tetapi malangnya, pihak polis yang turut sama menyerbu tempat itu melepaskan beberapa das tembakan yang memang ditujukan kepada perompak berkenaan tanpa menyedari mereka tersalah sasaran.

Hal ini kerana, dalam video CCTV itu, Rylan dilihat sempat mengelak namun peluru tembakan itu secara tidak sengaja terkena tangan kirinya ketika kejadian.

msg1050426791-21920

Rylan yang kini sihat selepas kejadian tersebut.

Penjenayah itu dilaporkan berjaya ditumpaskan dan maut dalam kejadian itu selepas ditembak berkali-kali oleh polis.

Rylan pula dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 18 kali dan sempat meluahkan rasa bimbang jika tidak dapat bermain gitar seperti biasa.

Susulan itu, ahli keluarganya itu dilaporkan membuat tuntutan terhadap salah seorang polis yang dikatakan telah menyebabkan kecederaan itu.

Polis itu dilaporkan didakwa melakukan tindakan melulu dan keterlaluan ketika kejadian.

Namun, kes tersebut selesai dengan baik apabila Rylan menerima wang pampasan setimpal daripada pihak polis berkenaan.

Sementara itu, Rylan kini dilaporkan semakin sihat dan meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pemain muzik profesional dengan meneruskan pengajian dalam bidang muzik di Chicago's Columbia College. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram