Polis tembak mati 3 penjenayah warga asing di Selayang


  • 112
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Polis menembak tiga penjenayah dipercayai warga asing dalam kejadian di Selayang pada Sabtu. — Facebook

TIGA penjenayah dipercayai warga asing mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Selayang, Selangor awal pagi Sabtu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 1 pagi itu difahamkan membabitkan sekumpulan penjenayah terbabit samun dan pecah rumah dengan bersenjata api.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada pukul 2 petang Sabtu.

"Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram