[VIDEO] Ada rekod jenayah dan dadah, 5 suspek termasuk pakcik 43 tahun gaduh guna kayu di JB kena cekup


  • 112
  • Khamis, 18 Jan 2024

Tangkap layar sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya dekat Masai, Johor Bahru, Johor pada Rabu.

LIMA lelaki ditahan selepas merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya dekat Masai, Johor Bahru, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 2.27 petang Rabu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan pada pukul 2.30 petang Rabu sehingga 12.10 tengah malam Rabu di empat lokasi.

“Lima lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 34 tahun berjaya ditahan bersama barangan rampasan dua buah telefon bimbit serta dua batang kayu rotan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI : Pensyarah sanggup resign demi gaji cleaner lumayan di Singapura hanya menjahanamkan resume

BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu Hilux biadab, siap ketawa berdekah-dekah halang laluan ambulans

Tambah Raub lagi, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek hingga menyebabkan pergaduhan.

"Semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

"Semua suspek direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 016-4831003 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Farra Azreen Hamzah menerusi 013-5781125. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram