[VIDEO] Warga Gombak dakwa kurang rehat ekoran bunyi bising Projek ECRL


  • Massa
  • Selasa, 16 Jan 2024

Penduduk di kawasan perumahan Gombak Batu 8 dekat Gombak, Kuala Lumpur mendakwa berdepan masalah pencemaran bunyi gara-gara projek ECRL.

SEORANG penduduk di kawasan perumahan Gombak Batu 8 dekat Gombak, Kuala Lumpur mendakwa berdepan masalah pencemaran bunyi yang mengganggu kehidupannya sejak sekian lama.

Ia gara-gara kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan tersebut.

Tambahnya lagi, kontraktor yang bertanggungjawab mengendalikan kerja tersebut turut melakukan kerja-kerja pembinaan sehingga hujung minggu.

Melalui video yang dimuat naik di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia, pembinaan tersebut juga tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dengan menceroboh kawasan penduduk.

Dalam video berdurasi dua minit 30 saat, wanita berkenaan turut merakam tapak projek pembinaan ECRL di kawasan itu.

BACA LAGI : [VIDEO] Teman wanita dakwa ditolak kekasih jatuh jambatan P.Pinang, polis siasat cubaan bunuh

BACA LAGI: [VIDEO] Demi menuntut ilmu, pelajar sanggup redah becak, banjir di Sabah

Turut kedengaran suara wanita tersebut meluahkan perasaannya kecewanya.

"Ini kawasan perumahan kami, berstatus kawasan perumahan bukan setinggan.

"Hari ini hari Ahad, kau gila ke apa memekak-mekak hari Ahad?

"Kalau sudah setiap hari seperti ini, macam mana kami dan penduduk di sini nak berehat. Melampau," jeritnya.

Tambahnya lagi, penduduk di kawasan tersebut telah menghantar surat dan meminta berbincang dengan kontraktor yang mengendalikan projek tersebut namun tidak diendahkan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang terlibat.

Untuk rekod, Projek ECRL sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang selain turut menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram