
SEORANG penunggang basikal maut selepas digilis lori treler dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat dekat Bidor, Perak pada Selasa.
Kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai yang berada berdekatan lokasi.
Berdasarkan klip berdurasi 28 saat itu, mangsa dilihat berada di tepi lori berkenaan ketika aliran trafik baru sahaja bergerak selepas lampu bertukar hijau.
Bagaimanapun, cubaan penunggang terbabit untuk memotong lori tersebut gagal selepas dia terjatuh apabila terlanggar bahagian tepi hadapan kenderaan berat terbabit.
Akibat daripada itu, mangsa dilihat terjatuh sebelum digilis beberapa tayar belakang lori tersebut yang meneruskan perjalanan kerana dipercayai tidak perasan dengan insiden yang berlaku.
Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram