PM Anwar mula kempen kirim poskad khas kepada PBB tuntut keadilan, keamanan Palestin


  • Primer
  • Rabu, 17 Jan 2024

Poskad khas yang ditandatangani Anwar untuk dikirimkan kepada PBB bagi menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia untuk menghentikan keganasan di Palestin. — Facebook/Anwar

USAHA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Rabu adalah sebagai langkah menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia demi menuntut keadilan dan keamanan Palestin.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kempen itu disertai barisan Jemaah Menteri yang menandatangani poskad tertera ayat We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now! sebelum mesyuarat Kabinet pada hari yang sama.

BACA LAGI : PM Anwar gasak Jerman isu Palestin, penuhi hasrat rakyat Malaysia

"Penghantaran pertama poskad khas ini dibuat melalui Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi menekankan peri pentingnya satu saluran diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan pandangan kepada PBB dalam memelihara keamanan dan keselamatan sejagat,” katanya.

2502719

Anwar (kiri) ketika perasmian kempen tersebut. — Facebook/Anwar

Dalam kenyataan sama, Malaysia juga berharap agar inisiatif tersebut mendapat perhatian serius daripada Guterres untuk menerima Palestin sebagai ahli PBB dengan segera menghentikan keganasan yang sedang berlaku di Palestin.

Sementara itu, poskad berkenaan dijual bermula Khamis di semua pejabat pos pada harga RM2 sekeping (termasuk setem pracetak 90 sen) manakala, orang ramai juga boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd https://shop.pos.com.my/.

Dalam pada itu, angka kematian di bumi Gaza dilaporkan semangkin meningkat sehingga melebihi 24,000 mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram