TULAR satu video memaparkan seorang wanita terhantuk dan terjatuh ke dalam satu lubang yang besar di sebuah wilayah di China baru-baru ini.
Namun hasil semakan Majoriti, kejadian itu berlaku pada 2018 di Bandar Lanzhou di Wilayah Gansu.
Pada waktu kejadian, wanita malang berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke pejabatnya di kawasan tersebut.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran, laluan pejalan kaki tiba-tiba runtuh.
Wanita malang itu dilihat terhantuk di kepalanya terlebih dahulu sebelum jatuh terus ke dalam lubang.
BACA LAGI : [VIDEO] Angkara bergaduh, lelaki nekad terjun lepas tertolak teman wanita sampai terjatuh Jambatan P.Pinang
Namun, memetik laporan media antarabangsa China, wanita yang terjatuh itu diselamatkan pihak berkuasa tempatan beberapa jam selepas itu.
Dia kemudiannya dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, pada waktu kejadian, wanita itu hanya mengalami patah tulang di rusuk dan berada dalam keadaan stabil. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram