SUSULAN kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Pulau Pinang pada Isnin, polis mengesahkan kes tersebut sebagai cubaan bunuh.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dilaporkan berkata, hasil siasatan awal terhadap wanita tempatan berusia 40 tahun itu mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan ke laut.
Menurutnya, setakat ini keterangan lelaki berusia 37 tahun itu belum diambil kerana masih dirawat di hospital susulan kecederaan di kepalanya.
"Kita percaya sebelum itu berlaku pertengkaran di tempat kejadian dan wanita terbabit mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan.
"Justeru, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Demi menuntut ilmu, pelajar sanggup redah becak, banjir di Sabah
Kok Chin berkata, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan adalah pegawai kanan sebuah badan beruniform yang bertugas di luar Pulau Pinang.
"Dakwaan pasangan itu menjalinkan hubungan cinta masih dalam siasatan dan kita akan keterangan serta pengesahan saksi lain," katanya.
Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang lelaki nekad terjun lepas dilaporkan tertolak teman wanitanya sampai terjatuh Jambatan Pulau Pinang.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, kedua-dua pasangan tersebut dilihat bergaduh mulut terlebih dahulu sebelum lelaki berkenaan didakwa secara tidak sengaja menolak kekasihnya itu sehingga terjatuh dari jambatan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram