Ibu maut bayi kritikal di Pasir Gudang, ada yang bengang dakwa projek naik taraf tak berkualiti jadi punca


  • 112
  • Selasa, 09 Jan 2024

Keadaan kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga meragut nyawa seorang ibu mengandung. — Facebook

SEORANG wanita hamil maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Pasir Gudang dekat Johor Bahru, Johor pada Isnin selepas kereta yang dipandu kakaknya hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam Ahad itu, kereta dari arah Tebrau itu hilang kawalan dan dan merempuh kotak panel elektrik di pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan itu, penumpang yang juga wanita sarat mengandung sembilan bulan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Bagaimanapun, bayi dikandung berjaya diselamatkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital.

BACA LAGI : [VIDEO] Ada beza hilang kawalan dengan hilang akal, netizen gesa wujudkan undang-undang lindungi penunggang motosikal

"Pemandu yang juga wanita tempatan berusia 30 tahun cedera ringan dan dirawat di HSI.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Puven Rajandran meluahkan kemarahanya dan mendakwa kenderaan itu terbabas selepas mengelak jalan yang berlubang di kawasan tersebut.

Dia turut mendakwa projek naik taraf oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tempatan yang bernilai RM5.2 juta itu hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram