[VIDEO] Budak 12 tahun OKU rentung dalam kebakaran di Kuching


  • 112
  • Selasa, 09 Jan 2024

Tangkap layar kejadian kebakaran di rumah kedai di Kota Sentosa, Kuching pada Selasa. — BBP Kuching

SEORANG kanak-kanak lelaki yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah kedai di Batu Tujuh Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada Selasa.

Mangsa berumur 12 tahun dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak mampu bergerak secara normal.

Mayat mangsa ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sarawak ketika melakukan kerja-kerja 'overhoul' selepas api berjaya dipadamkan.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hasil siasatan hampir 90 peratus, polis mulakan tangkapan berdasarkan risikan — KPN

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui di ruang tamu di tingkat dua salah sebuah rumah kedai terbabit.

JBPM Sarawak menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.30 petang dan seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba dilokasi kejaian, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan enam buah kedai dengan maklumat awal terdapat mangsa yang masih terperangkap.

“Maklumat awal kita dimaklumkan terdapat dua orang mangsa yang terperangkap namun setelah bertemu dengan waris mangsa kita dimaklumkan hanya seorang sahaja yang terperangkap,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit untuk mengawal kebakaran.

Walaubagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram