[VIDEO] Peniaga terlibat kebakaran di Jelutong diberi pampasan, tempat menjaja sementara


  • Primer
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan deretan gerai di tapak penjaja di Lorong Bukit Dambar, Jelutong, George Town, Pulau Pinang yang terbakar pada awal pagi Jumaat.

KESEMUA peniaga terjejas dalam kebakaran di tapak penjaja di Lorong Bukit Dambar, Jelutong, George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Jumaat dihulurkan bantuan secepat mungkin.

Sebelum ini, sebanyak 16 unit gerai di tapak penjaja yang berusia hampir 30 tahun beroperasi tersebut dilaporkan musnah sehingga 80 peratus dalam kebakaran.

BACA LAGI: Nak padam guna air tapi paip kecil, kata saksi kebakaran Uptown Kota Damansara

Susulan itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya berusaha mencari tapak sementara bagi membolehkan peniaga untuk meneruskan perniagaan.

photo_6105004563829471330_y

Rayer (baju putih, kanan) bersama Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A Rajendran (baju putih, kiri) ketika melawat keadaan peniaga yang terjejas dalam kebakaran pada Jumaat. — Facebook

"Kita akan hulurkan semua bantuan yang diperlukan termasuk menyediakan tempat menjaja sementara dekat Medan Tengku Jelutong.

"Memberi pampasan sedikit dan membeli peralatan meniaga yang asas. Astaka yang terbakar akan diperbaiki dan dinaik taraf sebelum semua peniaga dipindahkan balik," katanya.

BACA LAGI: Perbuatan khianat dipercayai punca kedai 'spare part' di Kapar terbakar

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih Datuk Bandar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), Datuk IR A Rajendran yang turut hadir ke lokasi kejadian selain pasukan Bomba Jalan Perak, Jelutong yang ditugaskan memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, jumlah kerugian yang ditanggung kesemua peniaga terjejas dilaporkan masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram