Polis Indonesia sita trak bawa lebih 200 ekor anjing untuk disembelih di Jawa Barat


  • Benua
  • Ahad, 07 Jan 2024

Gambar yang diambil pada Sabtu menunjukkan aktivis Animal Hope Shelter Indonesia memeriksa sebuah trak mengandungi ratusan anjing yang dipercayai untuk disembelih selepas disita oleh polis di Semarang. — Agensi

POLIS Indonesia telah berjaya menghalang sebuah trak yang membawa lebih 200 ekor anjing untuk dibawa ke rumah penyembelihan, dan ia sekali gus menandakan kejayaan buat aktivis yang menentang tabiat memakan daging anjing.

Kenderaan tersebut ditahan pada malam Sabtu di Bandar Semarang di Pulau Jawa, di mana anjing yang terancam itu ditemui di dalam trak dengan keadaan mulut dan kaki diikat.

Pihak berkuasa menahan lima pekerja trak tersebut, yang akan dikenakan tindakan di bawah undang-undang kebajikan haiwan dan boleh dipenjara sehingga lima tahun.

"Kami mendapat maklumat tentang perkara ini sejak bulan lepas, namun hanya pada malam ini kami berjaya menggagalkan pemindahan 226 anjing," kata Ketua Polis Irwan Anwar kepada wartawan pada Sabtu.

Indonesia ialah salah satu negara yang masih membenarkan penjualan daging anjing dan kucing, dan kempen seperti ini telah mendapat perhatian orang ramai, termasuk beberapa bandar seperti Semarang telah mengenakan larangan penjualan tersebut.

Irwan berkata, mengikut siasatan awal pihaknya, anjing-anjing itu dalam perjalanan ke bandar jiran Surakarta, di mana mereka akan disembelih dan dagingnya dijual untuk dimakan di Jawa Barat.

Short-snouted dog breeds may be more badly behaved than medium- and long-snouted dogs, according to a study. — freepik

Anjing menjadi makanan sesetengah orang di Indonesia. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu teksi ditahan, ugut 2 pelancong Amerika dengan pisau

Aktivis kebajikan haiwan berkata mereka telah melaporkan perbuatan itu kepada polis sejak Disember, namun telah 'lost contact' dengan operasi itu.

"Saya menerima maklumat buat kali pertama pada 23 Disember lepas daripada salah seorang pengikut media sosial saya. Dua minggu lepas, mereka berjaya melarikan diri daripada pemerhatian saya," kata Christian Yosua Pale daripada Animals Hope Shelter Indonesia, yang telah mendesak untuk larangan penjualan daging anjing dan kucing.

"Anjing dan kucing bukan haiwan ternakan, maka ia tidak boleh dimakan oleh manusia," katanya.

Pada tahun lepas, sebuah pasar haiwan di Indonesia di pulau Sulawesi telah menamatkan penjualan anjing dan kucing selepas bertahun ditekan oleh aktivis untuk memberhentikan penjualan dan kaedah penyembelihan yang kejam. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram