SEORANG lelaki warga emas cedera selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Sabah pada Selasa.
Menerusi hantaran yang dikongsikan anak mangsa, Yuyun Warti Nency di Facebooknya, kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi ketika mahu menghantar anak saudaranya ke sekolah.
Dia juga mendakwa kemalangan itu merupakan kejadian langgar lari dan kini sedang mencari saksi pada waktu itu.
"Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan. Sesiapa yang ada ternampak kejadian langgar lari dihadapan sekolah boleh beritahu saya dengan kadar segera," tulisnya.
Jaafar yang cedera selepas terlibat dalam kejadian langgar lari itu. — Facebook
Menurutnya lagi, bapanya, Jaafar Andang, 71, cedera di muka, tangan dan kaki dan sedang mendapatkan rawatan di hospital di Sandakan, Sabah.
"Bapa saya bawa motor dengan anak buah (saudara) Darjah 4 (10 tahun) sebelum kereta di hadapannya berhenti mengejut dan melanggar mereka.
"Selepas kejadian, orang sekeliling kata pemandu kereta siap marah bapa saya dan terus berlalu pergi tanpa bawa pergi hospital atau klinik.
BACA LAGI : Lelaki kritikal jadi mangsa langgar lari, keluarga minta suspek tampil beri kerjasama
"Ketika kejadian, bapa saya dalam perjalanan menghantar anak buah ke sekolah," katanya kepada Majoriti.
Pada masa sama, Yuyun berkata, anak saudaranya itu selamat dan tidak cedera ketika kemalangan.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram