TINDAKAN seorang tahanan yang bertindak agresif dengan cuba untuk melepaskan diri dan keluar dari sebuah kereta polis yang sedang bergerak membawa padah selepas kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.
Lebih mengejutkan, suspek yang juga seorang remaja berusia 19 tahun itu turut tercampak terbang keluar dari tingkap belakang kereta tersebut akibat daripada kemalangan yang berlaku.
Insiden yang berlaku di Jonesboro, Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 2016 itu dirakam oleh kamera keselamatan yang dipasang di dalam kenderaan polis tersebut.
Suspect flies out of backseat as cop car crashes pic.twitter.com/qYYqaSR5gM
— Crime Net (@TRIGGERHAPPYV1) January 6, 2024
Sebelum kejadian, suspek dikenali sebagai Logan Younger dilihat bertindak agresif dengan berulang kali menendang cermin kalis peluru yang memisahkannya dari tempat duduk hadapan pemandu.
Pada masa sama, dia juga didapati sudah berjaya melepaskan salah satu tangannya daripada gari sebelum kemudiannya mengeluarkan sebuah objek daripada kocek seluarnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki seksa kucing, hempas ke dinding berkali-kali lepas lauk makanan kena kacau
Logan Younger. — Agensi
Bagaimanapun, belum sempat Logan bertindak dengan lebih lanjut, kereta tersebut dipercayai secara tiba-tiba terlibat kemalangan sehingga menyebabkannya tercampak terbang keluar dari kenderaan tersebut.
Difahamkan, suspek sempat melarikan diri dari lokasi kejadian selepas kemalangan dengan berjalan kaki, namun berjaya ditangkap semula tidak lama kemudian.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman CCTV lokap papar kejadian tahanan larikan diri ikut jeriji besi di Kota Kinabalu
Ketika kejadian, Logan dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke penjara dipercayai kerana kesalahan berkelakuan menganggu ketenteraman awam di sebuah pusat beli-belah dekat bandar tersebut.
Dalam pada itu, pegawai polis yang memandu kenderaan terbabit dilaporkan terselamat, namun mengalami kecederaan dan dirawat di hospital.
Logan yang turut mengalami kecederaan dibawa ke hospital dan dirawat sebelum seterusnya dibawa ke penjara.
Dia ditahan atas tuduhan termasuk cubaan melarikan diri, mabuk dan mabuk di tempat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram