SEKUMPULAN peniaga wanita dilaporkan saling berbalah dan bergaduh di sebuah kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.
Dalam satu rakaman tular di Facebook, memaparkan kekecohan berlaku dipercayai akibat salah faham antara peniaga di situ.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hong Fong berkata, hasil siasatan mendapati seorang wanita berusia 28 tahun bersama tiga ahli keluarganya telah membuka beberapa gerai di lokasi tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Baru lepas keluar duit dekat bank, lelaki kena samun di lampu isyarat Klang
Katanya, laluan antara dua gerai tersebut telah dihalang dengan barangan milik ibu saudara wanita terbabit.
"Ibu wanita itu kemudiannya menegur saudaranya sebelum berlaku pergaduhan mulut yang kemudiannya membawa kepada insiden tolak-menolak antara ahli keluarga.
BACA LAGI: [VIDEO] Samseng jalanan sanggup redah kedai makan elak dicekup polis di Klang
"Pergaduhan tersebut kemudiannya telah dileraikan oleh ahli keluarga dan peniaga gerai berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, pihak polis telah mengambil keterangan daripada enam individu berusia 16 hingga 51 tahun yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dan mendapati tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.
"Kesemua yang terlibat telah berdamai secara baik dan enggan meneruskan siasatan polis.
“Polis telah memberikan nasihat kepada mereka agar tidak mengulangi perkara sama dan orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat setempat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram