[VIDEO] Insiden bunga api meletup malam tahun baharu di Kedah, polis sahkan aktiviti tiada permit


  • 112
  • Isnin, 01 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan bunga api yang secara tiba-tiba jatuh dan meletup di atas tanah ketika sambutan tahun 2024 pada Ahad.

SAMBUTAN malam tahun baharu (2024), bertukar tragedi selepas berlakunya insiden letupan bunga api secara mengejut di Dataran Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Menerusi video tular ketika kejadian, bunga api itu dilihat jatuh ke atas tanah sebelum secara tiba-tiba meletup dengan kuat di kawasan yang dipenuhi pengunjung.

Dalam video sama, kelihatan orang ramai bersorak dengan gembira sebelum menjerit ketakutan selepas letupan bunga api di atas tanah itu berlaku.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan ketika kejadian.

Baca Lagi: [VIDEO] Tragedi ambang tahun baharu, lelaki maut terkena letupan bunga api di Port Dickson

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, insiden tersebut boleh membahayakan keselamatan pengunjung.

"Semakan mendapati, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan berkaitan pembakaran bunga api oleh pihak penganjur serta tiada sebarang permit dikeluarkan.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram