TULAR satu kejadian langgar lari melibatkan sebuah kenderaan bersama motosikal ditunggang seorang lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku berdekatan Bandar Baru Permyjaya, Miri, Sarawak, pada Sabtu.
Menerusi klip tular insiden tersebut, sebuah kenderaan jenis Proton Waja berwarna merah dilihat melanggar sehingga jatuh seorang penunggang motosikal ketika sedang melalui sebuah jejambat.
Sebelum itu, kenderaan berkenaan dilihat sedang cuba untuk memotong dari laluan kiri jalan.
Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang terbabit dilihat jatuh selepas terhimpit ke arah pengadang kiri jalan di jejambat berkenaan.
Kenderaan itu bagaimanapun kemudiannya terus memecut meninggalkan lokasi kejadian.
Suspek pemandu yang melarikan diri itu meninggalkan kenderaan dinaikinya tidak jauh dari lokasi kejadian.
Tarikh dan waktu pada rakaman video berkenaan menyatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu sekitar pukul 7.25 petang.
Sementara itu, dalam satu video berasingan, kenderaan Proton Waja berwarna merah itu kemudiannya dijumpai ditinggalkan oleh pemandunya tidak jauh dari lokasi kejadian oleh orang awam.
Bahagian bumper hadapan kenderaan itu juga didapati mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, menerusi info awal dikongsikan di media sosial, pemandu terbabit dipercayai sudah menyerahkan di ke pihak polis.
Dalam pada itu, penunggang motosikal yang terlibat dalam insiden itu difahamkan masih hidup, namun mengalami kecederaan.
Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram