[VIDEO] Patung adiwira bernilai RM10,000 berderai pecah atas lantai angkara budak kecil


  • Benua
  • Ahad, 31 Dis 2023

Kedudukan patung adiwira, Iron Man (kiri) di restoran terbabit sebelum ia jatuh rosak dipercayai akibat perbuatan seorang kanak-kanak kecil. — Twitter

SEBUAH restoran di Yogjakarta Indonesia terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 selepas sebuah patung hiasan yang diletakkan di premis tersebut rosak akibat perbuatan seorang kanak-kanak kecil.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Iconic Jogjakarata, sebuah restoran ais krim di kota tersebut, yang terkenal dengan hiasan tema watak adiwira filem Barat.

Di dalam insiden berkenaan, patung mengalami kerosakan adalah jenis adiwira, Iron Man yang dianggarkan berharga 33 juta Rupiah Indonesia, bersamaan dengan sekitar RM10,450.

Menerusi video yang tular sejak Ahad berhubung kejadian itu, patung terbabit dilihat sudah pecah dan jatuh ke atas lantai.

Turut didengar menerusi klip sama adalah suara tangisan seorang kanak-kanak lelaki di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca kemalangan itu berlaku.

Berdasarkan satu foto memaparkan kedudukan patung tersebut sebelum kejadian, ia dilihat turut disertakan dengan peringatan larangan menyentuh hiasan tersebut.

Menerusi maklumat dikongsikan di sosial media, pihak restoran difahamkan tidak membuat sebarang tuntutan ganti rugi terhadap ibu bapa kanak-kanak itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram