[VIDEO] Anggota JPJ cedera makan penumbuk kelindan lori baran


  • Tular
  • Selasa, 02 Jan 2024

Tangkap layar seorang lelaki yang didakwa mengasari seorang pegawai JPJ baru-baru ini.

SEORANG anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas ditumbuk seorang pemandu lori dalam video yang tular sejak Selasa.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku selepas anggota berkenaan bersama seorang lagi rakan petugasnya cuba memberhentikan kenderaan tersebut di sebuah jalan raya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Utara Semenanjung Malaysia berdasarkan loghat yang digunakan serta maklumat dikongsikan di aplikasi WhatsApp.

"Ini baru samseng. Orang Telaga Emas, tumbuk JPS terus," tulis individu berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Kelindan lori baran tumbuk JPJ di Jitra rupanya ada 3 kesalahan termasuk 'road tax' mati

Baca Lagi : [VIDEO] Kedai telekomunikasi dirompak, pemilik rayu tahan suspek 'budak kening tebal'

Melalui video berdurasi seminit lebih itu, kelihatan kedua-dua anggota tersebut berada di dalam kenderaan sambil mengekori lori tersebut.

Turut kedengaran salah seorang daripada mereka menggunakan isyarat tangan dan membunyikan siren meminta pemandu lori itu untuk berhenti.

Tidak beberapa lama kemudian, pemandu lori tersebut memberhentikan kenderaan di sebuah kawasan parkir sebelum pemandu dan penumpang hadapan keluar dan terus memaki pegawai tersebut.

Lebih mengeramkan lagi, seorang lelaki yang keluar daripada lori tersebut terus menumbuk mangsa yang sedang merakam kejadian itu.

Turut kedengaran lelaki berkenaan membuat provokasi terhadap kedua-dua pegawai JPJ tersebut.

Namun, setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram