SEPERTI yang diketahui, politik Indonesia kini sedang rancak memasuki tempoh berkempen bagi pemilihan Presiden Indonesia yang bakal berlangsung pada 24 Februari tahun depan.
Bagaimanapun, di sebalik kehangatan tersebut, tular satu video di media sosial yang memaparkan insiden mengejutkan membabitkan salah seorang calon yang bersaing iaitu, Anies Baswedan.
Menerusi klip tersebut, Anies yang juga merupakan bekas Gabenor Jakarta itu dilihat ditampar oleh seorang lelaki ketika sedang berkempen di Pontianak, Kalimantan Barat, baru-baru ini.
Berdasarkan video yang tular sejak Rabu itu, Anies yang memakai baju putih didapati pada awalnya dilihat sedang berjalan melalui satu kerumunan kumpulan penyokongnya.
Calon presiden nomor urut satu, Anies Baswedan ditampar oleh seorang pria saat berkampanye di Pontianak, Kalimantan Barat. Video Anies saat ditampar tersebar di media sosial.https://t.co/yZCRamvpkd pic.twitter.com/ucjGw8Ax9f
— SERU.co.id (@Serucoid1) December 28, 2023
Bagaimanapun, seorang lelaki misteri yang turut mengenakan pakaian kemeja-T kumpulan penyokongnya kemudiannya dilihat secara tiba-tiba memberikan tamparan kepada wajah Anies.
Pemimpin tersebut bagaimanapun didapati kekal tenang dan tersenyum sebelum terus berjalan selepas insiden berkenaan.
Wakil Jurucakap bagi pasukan Anies, Bakhtiar, Ahmad Sibarani berkata, kejadian tersebut berkemungkinan berlaku secara spontan dan bukannya dirancang oleh mana-mana pihak untuk menyerang calon.
Anies akan bersaing bersama dua lagi calon dalam pemilihan Presiden Indonesia 2024 yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan. — Agensi
Ujarnya, kejadian itu mungkin berlaku kerana keghairahan penyokong untuk menunjukkan sokongan sehingga menyebabkan tangan salah seorang daripadanya secara tidak sengaja terkena muka Anies.
"Soalnya kita kena nilai dulu sama ada ini disengajakan atau tidak. Boleh jadi orang yang bersemangat ingin bersalaman dengan Encik Anies, tetapi sebaliknya tangan mereka secara tidak sengaja menyentuh muka Anies," kata Bakhtiar.
Pada masa sama, beliau turut berharap agar kejadian serupa tidak berulang sepanjang kempen Anies dan meminta penyokong agar menjaga tingkah laku mereka sebaiknya.
Selain Anies, dua lagi calon yang bakal bersaing dalam pemilihan Presiden Indonesia 2024 ialah jeneral tentera, Prabowo Subianto dan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram