[VIDEO] Dakwa dah bagi 'signal', lelaki acah samseng tengking penunggang 'superbike' lepas berlanggar di Lebuhraya Karak


  • Tular
  • Rabu, 27 Dis 2023

Tangkap layar insiden kekecohan membabitkan seorang pemandu dan penunggang motosikal berkuasa tinggi di laluan Lebuhraya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak, Selangor.

DUA individu lelaki saling berbalah selepas kemalangan di Lebuhraya Karak, berhampiran Plaza Tol Gombak, Selangor pada Selasa.

Kekecohan itu yang didakwa berpunca akibat kecuaian si pemandu yang membelok untuk memotong, telah mencetuskan perlanggaran apabila penunggang berkenaan gagal mengelak dan merempuh bahagian hadapan kereta tersebut.

Hal itu sekali gus mencetuskan perbalahan antara kedua-dua individu terbabit selepas mengalami kerosakan pada kenderaan masing-masing.

Situasi lebih parah apabila si pemandu enggan mengaku salah dan mendakwa telah menyalakan lampu isyarat membelok sebelum memotong di laluan berkenaan.

Tampil dengan gaya lagak samseng, individu terbabit kemudiannya meninggikan suara dan menengking penunggang itu selepas diminta bayaran ganti rugi.

Meskipun beberapa kali cuba ditenangkan ibu dan bapanya, lelaki berkenaan terus menerjah ke arah penunggang itu sebelum pergaduhan itu berjaya dileraikan si bapa.

Dalam pada itu, penunggang terbabit difahamkan telah membuat laporan polis atas kesalahan dan kelakuan kasar individu berkenaan.

Namun, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal berkenaan setakat ini dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan hal itu dan sentiasa berwaspada ketika memandu di lebuh raya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram