[VIDEO] Berjam-jam 'blackout', internet lumpuh: Zionis nafi 'diserang' Iran


  • Benua
  • Selasa, 26 Dis 2023

Hubungan antara Israel dan Iran semakin tegang ekoran konflik di Gaza. — Agensi

ISRAEL difahamkan sedang berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik yang meluas dan pemadaman internet selepas sekurang-kurangnya dua unit pengeluaran syarikat jana kuasa utamanya runtuh pada Isnin.

Pemadaman itu mencetuskan spekulasi bahawa ia mungkin ada kaitan dengan perang yang sedang berlaku di Gaza dan potensi serangan siber oleh Iran.

Walau bagaimanapun, Meir Spiegler, Ketua Pegawai Eksekutif Israel Electric Corporation (IEC) menolak dakwaan itu tanpa memberikan sebarang sebab berhubung kejadian tersebut.

Media Israel melaporkan bahawa gangguan itu menjejaskan hampir 150,000 penduduk.

Namun, gangguan itu dikatakan telah mula diperbaiki dan disambungkan semula dalam masa beberapa jam selepas serangan terbabit dan kini hanya 34,000 orang dilaporkan masih terputus bekalan sumber tenaga elektrik.

Laporan media tempatan Israel, IEC menjelaskan bahawa sistem alternatif mula beroperasi sebaik sahaja kedua-dua unit itu runtuh.

"Serangan itu telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa lokasi namun unit pengeluaran alternatif telah beroperasi dan elektrik berjaya disambungkan semula.

"Kesalahan yang dilaporkan oleh pengguna di Israel bukanlah berpunca akibat serangan siber, tetapi disebabkan unit pengeluaran yang hanya membekalkan 250 megawatt.

"Kini, sistem dijalankan melalui 'load shedding' dan unit pengeluaran baharu sedang beroperasi dengan teratur untuk mengatasi masalah itu," katanya.

Pihak berkuasa Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga, dan siasatan telah pun dilancarkan untuk mengesan punca-punca pemadaman tersebut.

Terdahulu, gangguan bekalan elektrik di Israel berlaku seminggu selepas Iran mengalami penutupan perkhidmatan pengedaran bahan api di seluruh Israel.

Kumpulan penggodam yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dikatakan telah melancarkan serangan siber terhadap perkhidmatan stesen minyak di seluruh Iran pada 18 Disember lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram