[VIDEO] Gerai tepi jalan ranap dirempuh lori mengundur di Taman Keramat


  • Tular
  • Khamis, 21 Dis 2023

Impak daripada rempuhan lori berkenaan menyebabkan sebuah gerai dipercayai menjual air minuman musnah 100 peratus di AU2 Taman Keramat.

BEBERAPA peniaga gerai jalanan berdepan detik cemas selepas gerai mereka dirempuh sebuah lori di AU2 Taman Keramat dekat Ulu Klang, Selangor pada Rabu.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di WhatsApp pada Khamis itu mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan pemandu lori tersebut terlupa menarik brek tangan kenderaan berat tersebut.

Susulan daripada kecuaian pemandu tersebut menyebabkan lori yang diparkir di hadapan sebuah stesen minyak itu tiba-tiba mengundur lalu terus merempuh dua buah gerai.

Impak daripada rempuhan tersebut juga menyebabkan sebuah gerai dipercayai menjual air minuman musnah 100 peratus.

BACA LAGI : [VIDEO] ‘Ya ALLAH!’ Dirempuh bas tercabut stereng ketika beli nasi kukus di Ipoh

Melalui video 47 saat itu, kedengaran seorang lelaki yang juga pemilik gerai jalanan berkenaan menjerit memarahi pemandu lori tersebut yang didakwa cuai.

"ALLAH, apa yang awak (pemandu) buat? Kenapa tak tarik handbrake (brek tangan)," jerit lelaki berkenaan.

Difahamkan, pada waktu kejadian tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram