Jamin keselesaan dan keriangan sepanjang perjalanan, MPV Toyota pilihan keluarga sejak zaman berzaman


  • Bizz
  • Khamis, 21 Dis 2023

MPV Toyota merupakan teman sempurna bagi acara dan perjalanan bagi setiap generasi. — Model: Toyota Zenix

TOYOTA bukan sahaja dikenali kerana kualiti, ketahanan dan fungsinya, malah rangkaian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota kini menjadi ruang yang penting buat golongan berkeluarga di Malaysia.

Bahkan, MPV Toyota juga merupakan teman sempurna bagi acara dan perjalanan bagi setiap generasi.

Pepatah melayu ada mengatakan, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan’, dengan MPV Toyota, keriangan jarak jauh dan kenangan menikmati pemandangan bersama keluarga pastinya lebih indah dan selesa. Jom kita teroka keistimewaannya!

2

Model: Toyota Veloz

Sesuai untuk Seisi Keluarga

MPV Toyota menawarkan kesesuaian dan konfigurasi keselesaan tempat duduk dengan ruang yang luas untuk memuatkan setiap ahli keluarga. Jauh, dekat atau ke mana sahaja perjalanan, anda mampu membawa orang tersayang bersama.

3

Model: Toyota Veloz

Selamat dan Dipercayai

Hati pasti lebih tenang apabila insan-insan tersayang memiliki perlindungan terbaik. MPV Toyota memastikan perjalanan yang ceria dengan pembinaan yang kukuh dan ciri-ciri keselamatan terkini.

meter

Model: Toyota Innova

Jimat Minyak

Bukan sekadar menjimatkan kos pemanduan, Innova Zenix Hybrid juga mengurangkan jejak karbon dengan pelbagai pilihan mesra alam termasuk sistem ‘stop-start’ dan teknologi hibrid elektrik demi masa depan yang lebih lestari.

5

Menyakinkan - Kualiti Ketahanan dan Inovasi

Pemilik tidak perlu bimbang kerana kereta akan sentiasa dijaga rapi oleh pakar kami di pusat perkhidmatan Toyota untuk servis berkala setelah pembelian dibuat. Toyota MPV mampu membawa keriangan dan kebahagiaan kepada anda dan keluarga sejauh mana perjalanan ditempuhi.

Veloz (last pic)

Model: Toyota Veloz

Dipercayai Sejak Bergenerasi

Pengalaman mengembara bersama Toyota merupakan bukti bahawa keselamatan keluarga kini lebih terjamin dan dipercayai sejak bergenerasi.

Toyota cukup dikenali kerana kualiti ketahanan serta inovasinya dan boleh dikatakan, jenama ini mampu menghubungkan pelbagai generasi kerana keluarga yang erat bukan sahaja bergerak bersama, bahkan turut membesar bersama.

Daripada satu generasi ke generasi yang baharu, MPV Toyota tetap menjadi pilihan. Jadi, bagi mereka yang inginkan ruang yang luas, kemudahan keluar dan masuk serta ciri keselamatan terkini, Toyota sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak setiap keluarga.

Lebih daripada sekadar membawa penumpang, Toyota sentiasa membawa senyuman, detik bermakna dan harapan serta mencipta ruang baharu bagi setiap generasi menikmati perjalanan bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram