Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking yang ditemui bukan milik mangsa


  • 112
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Pihak polis yang bertungkus lumus mencari bahan bukti untuk kes pembunuhan Zayn Rayyan selama hampir dua minggu ini. — Bernama

PIHAK polis mengesahkan sehelai stoking yang ditemui dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan bukan miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil analisa yang dijalankan di makmal mendapati keputusannya negatif dan bukan milik Zayn.

Hussein berkata, setakat ini, tiada perkembangan baharu namun polis masih meneruskan usaha pencarian sebarang bukti lain di tempat kejadian.

zayn rayyan

Zayn Rayyan yang merupakan mangsa dalam kes pembunuhan tersebut.

"Kita juga sudah merakam keterangan seramai 172 orang termasuk ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk di apartment terbabit.

"Stoking yang ditemui itu juga selepas analisa dijalankan bukanlah milik mangsa," katanya lapor Harian Metro.

Pada 13 Disember, polis dilaporkan menemui sehelai stoking dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Pihaknya juga mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa.

Unsolved: ACP Mohamad Fakhrudin (left) taking a closer look at the location where Zayn Rayyan’s body was discovered on Wednesday night. — Bernama

Lokasi mayat Zayn ditemui. — Bernama

Proses itu dilakukan bagi melihat sama ada wujud bukti baharu, namun tiada penemuan sebelum.

Pada 5 Disember lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada 6 Disember. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram